Sebagaimana diketahui umum, KTM sentiasa hadir dengan rekaan motosikal cantik dan yang paling penting seiring dengan tagline syarikat iaitu Ready To Race. Dalam banyak-banyak model motor keluarannya, KTM Duke jarang menjadi pilihan penggemar modifikasi khususnya yang membina motor kustom bergaya retro.
Namun begitu ia tidak menghalang salah sebuah kedai kustom, Rajputana Custom telah berusaha dan mencuba untuk memberikan wajah terbaharu kepada KTM 390 Duke ini. Diberi nama jolokan sebagai KTM 390 Kush, motor ini tidak boleh digunakan di atas jalan kerana telah diubah secara seluruhnya. Lihat sahaja pada penampilannya yang berbeza dengan ketiadaan lampu, cermin sisi dan lampu isyarat.
Pada jelingan pertama, tiada siapa menyangka motor ini satu ketika dahulu didatangkan dengan warna oren bersama kelengkapan dari plastik. Kini, ia dilengkapi dengan tangki bahan api kustom dan rim tayar berjejari – elemen yang sering ditemui pada jentera gaya retro. Namun motor ini ada kelebihan tersendiri menerusi kelajuannya.
Bagi menyerlahkan ciri-ciri retro ini, pemegang bar clip on telah ditambahkan, begitu juga dengan tempat letak kaki yang tampil lebih agresif. Selain itu, demi meningkatkan prestasi motor semasa mengambil selekoh, turut dimuatkan adalah set chunky slick. Ya, sekali pandang ia memang merupakan sebuah motosikal yang amat mengelirukan di antara bentuknya yang bercanggahan dengan fungsinya tapi dalam masa yang sama, masih boleh diterima pakai. Dengan ‘membuang’ beberapa perkakasan yang hanya mengundang berat, ia memberikan keutamaan terhadap casis KTM 390, suspensi dan juga enjin yang diletakkan di bahagian tengah.
Selain program mengurangkan berat motosikal dan penggayaan semula, Rajputana Costum ada meninggalkan stok untuk motor ini. Dilengkapi enjin silinder 3 dengan silinder tunggal 373cc, motor ini boleh mengamuk di litar dengan kuasa output 43hp. Selain itu, kerangka trelis yang ringan dan suspensi WP yang menarik, menjadikan motor ini sebuah jentera raksasa di litar.
Sumber : RideApart.com