Aveta Malaysia Sdn Bhd sentiasa berusaha untuk memenuhi kehendak pelanggannya dengan meningkatkan rangkaian sokongan jualan dan khidmat selepas jualan mereka. Apabila semakin ramai pelanggan yang mempercayai motosikal Aveta, misi utama Aveta Malaysia adalah dengan memberikan pengalaman pemilikan motosikal yang terbaik.
Pelancaran program Aveta Service Corner (ASC) baru-baru ini menerusi pengedar sah motosikal Aveta, Ann Chuan Motor. Pengedar sah Aveta telah menyediakan satu sudut khas di pusat jualan mereka untuk tujuan servis dan penyelenggaraan semua motosikal Aveta. Malah, ASC ini juga dikendalikan oleh mekanik terlatih yang dilengkapi dengan perkakasan khas yang disediakan oleh Aveta Malaysia.
Aveta Malaysia Sdn Bhd juga kini memperkuatkan lagi inisiatif perkhidmatan pelanggan mereka dengan memperkenalkan program terbarunya yang dikenali sebagai ‘Aveta Care on Wheels’ (ACW).
ACW merupakan pasukan perkhidmatan mudah alih yang terdiri daripada satu trak pikap dan tiga motosikal. Misi pasukan ini adalah untuk memberikan perkhidmatan sokongan kepada semua pemilik motosikal Aveta di seluruh Semenanjung Malaysia sekiranya mereka berhadapan dengan masalah teknikal.
Pasukan ACW terdiri daripada kakitangan Aveta Malaysia yang berpengalaman dan telah dilatih khusus untuk menyelesaikan sebarang isu teknikal yang mungkin akan timbul.
Menurut Pengarah Urusan Kumpulan, Steven Lim, inisiatif baru ini adalah untuk membantu, menyokong dan menawarkan bantuan kepada pemilik motosikal Aveta serta menunjukkan komitmen pihak Aveta dalam menyampaikan perkhidmatan dan memenuhi keperluan para pelanggan, terutamanya selepas memiliki motosikal Aveta.
“Di Aveta, kami komited untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti bagi memenuhi keperluan pelanggan kami. Aveta faham bahawa produk yang menarik sahaja tidak mencukupi. Sebuah jenama hanya akan berjaya apabila ia mempunyai program penjagaan pelanggan yang menyeluruh untuk memenangi hati dan keyakinan pelanggannya.”
Inisiatif ACW meliputi seluruh Semenanjung Malaysia, dan rancangan untuk memenuhi kehendak pelanggan di Sabah dan Serawak sedang giat diuruskan. Inisiatif ACW kini beroperasi dari Isnin sehingga Sabtu, 10:00 AM sehingga 5:30 PM. Temujanji boleh dibuat melalui talian Aveta Customer Careline di +60129565409.