#SAUBERSELAWAT
Tahun ini menandakan kali ke-7 penganjuran Santai Anak Utara yang telah berlangsung di Bulatan Sultan Azlan Shah di Meru, negeri Perak. Diadakan pada 9 November yang lalu, penganjuran edisi kali ini menerima sambutan yang cukup luar biasa dan dianggarkan lebih 40,000 orang telah membanjiri tapak acara.
Antara aktiviti yang diadakan dan menyuburkan lagi rasa kesyukuran serta kecintaan terhadap Allah serta rasul adalah selawat nabi, qasidah dan juga ceramah agama. Bagi memeriahkan lagi acara, beberapa artis terkenal tanah air telah turun padang seperti Zizan Razak, Zulhuzaimy (SPARK), Achey Bocey dan bekas pelumba motor negara, Wazi Abd Hamid.
Dikuasakan oleh Petronas Sprinta, Santai Anak Utara edisi ke-7 ini mendapat kerjasama dari Kelab Media Prima, Motowasi dan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Tuan Sim Chee Keong. Kehadiran Exco Belia dan Sukan Perak menghangatkan lagi acara ini yang turut disertai PDRM, JPJ, Kelab Media Prima, Kementerian Kesihatan dan PKNP.
Acara ini juga mendapat penyertaan dan kerjasama dari pihak SPRM cawangan negeri Perak dengan menggunakan tema Mat Rempt Benci Rasuah. Selain itu, penganjuran Santai Anak Utara ini tidak akan berjalan dengan lancar tanpa sokongan dari pihak penaja yang terdiri dari OTTIMO, Givi, Koyoko, TV3 Bikerz, Red Bull, Riben Kuning, Bikesrepublic, Boosstick Asia, Al Malabies dan Crony T-Shirt. Tahniah Santai Anak Utara, ada masa jumpa lagi!
Disediakan oleh : Azhar Taib