GTR Owner Club (GTROC) yang terbahagi kepada tiga sektor iaitu GTROC Southern, GTROC Central, dan GTROC Northern. Tahun 2024 ini menandakan ulang tahun ke-10 GTROC. Acara kali ini dianjurkan oleh GTROC Northern di bawah pimpinan En. Mohd Arashid. Sambutan yang dinantikan pemilik motosikal Kawasaki GTR 1400 ini telah pun berlangsung dari 25 hingga 27 Oktober 2024 lalu di Alor Setar, Kedah, dengan penginapan selama tiga hari dua malam di RAIA Hotel.
Beberapa peserta dari Singapura memulakan perjalanan mereka seawal 24 Oktober bersamaan dengan hari Khamis, sementara peserta dari seluruh Malaysia pula bergerak pada pagi 25 Oktober. Lokasi perhimpunan pertama adalah di R&R Gurun arah utara, sebelum konvoi sebanyak 263 motosikal menuju ke Masjid Jame’ Al-Shahab di Kepala Batas untuk solat Jumaat. Selepas solat, peserta mendaftar masuk di RAIA Hotel dan bersolat maghrib terlebit dahulu sebelum acara santai dan makan malam di Gemilang Kitchen dengan sesi karaoke.
Hari terakhir, iaitu 27 Oktober, menyaksikan peserta mula meninggalkan Alor Setar seawal jam 7 pagi. Ada yang pulang terus ke destinasi masing-masing, manakala sebahagian lagi berlepas secara berperingkat. Sambutan tiga hari dua malam ini memberikan kenangan manis kepada semua peserta dan mempereratkan lagi hubungan sesama ahli kelab.
Teks & Gambar oleh : ~kNor~