Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri dihangatkan lagi dengan pelbagai penganjuran majlis rumah terbuka sepanjang syawal yang lalu. Tidak ketinggalan memeriahkan lagi sambutan hari raya ini ialah Welly Assorted Sdn Bhd yang menganjurkan majlis Rumah Terbuka Welly Assorted Sdn Bhd. Diadakan pada 16 Jun lalu, majlis ini telah berlangsung di premis perniagaannya yang terletak di Pusat Bandar Rawang.
Dimulakan seawal 10.00 dengan kehadiran tetamu jemputan, majlis rumah terbuka ini turut diserikan lagi dengan majlis pelancaran produk terbaru Yamaha Ultraman Y15ZR edisi terhad yang hanya dikeluarkan sebanyak 100 unit sahaja. Projek ini merupakan kerjasama di antara Welly Assorted Sdn Bhd dan Taigaco Sdn Bhd yang juga agen berlesen karakter asal Ultraman di Malaysia, Singapura, Filipina, Indonesia dan Brunei.
Untuk maklumat lanjut, layari laman Facebook : @theoriginalultraman @wellyassortedmalaysia