Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri

Kemeriahan hari raya Aidilfitri terus dihangatkan lagi dengan penganjuran rumah terbuka yang diadakan hampir setiap hari sejak awal Syawal yang lalu. Turut tidak ketinggalan mengambil kesempatan sempena perayaan ini adalah BSNC Corporation Berhad dan BSNC Leasing (M) Sdn Bhd yang menganjurkan Rumah Terbuka pada 20 Jun lalu.

Bertempat di D’Saji KL Titiwangsa, rumah terbuka ini turut dihadiri para jemputan pelbagai kaum yang bersama-sama memeriahkan lagi sambutan hari raya sekali gus merapatkan lagi ikatan silaturahim. Para tetamu turut dijamu dengan juadah hari raya. Bagi memeriahkan lagi suasana, para tetamu telah dihiburkan dengan persembahan kumpulan Anak Seni Warisan yang menyanyikan lagu-lagu nostalgia hari raya.