Ronda-Ronda Negeri Kedah

Sebanyak 8 buah motosikal kapcai Honda C70 berlampu bulat dan petak dari ahli Club Antique Motor Kulim telah berkonvoi dari Pekan Kulim Kedah ke ibu negeri Kedah, Alor Setar pada 12 Mac yang lalu. Konvoi ini telah merentasi beberapa daerah sepanjang perjalanan menuju ke Alor Setar Jelapang Padi.

Kali ini, para peserta konvoi disambut para penunggang motor kapcai Honda C70 dari sekitar Alor Setar seperti Kelab Kapcai Sungai Korok dan grup Honda C70 Super Karat. Jumlah keseluruhan sahabat yang hadir seramai 52 orang bersama 52 buah motosikal. Club CAMK mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Presiden Kelab Kapcai Sungai Korok iaitu Encik Zakaria Bin Cha dan Encik Jasni Bin Jaafar (Brader JM Micheal).

Di sepanjang perjalanan, para peserta konvoi sempat melawat bandar Alor Setar, Masjid Zahir, Dataran Muzium dan Madu kelulut Bukit Besar.Konvoi ini juga menguji mentaliti setiap penunggang dan juga kerenah motor masing-masing. Berkat kesabaran dan keupayaan motor, konvoi berjaya mengharungi perjalanan sehingga penamat dengan motor Honda C70 klasik yang ditunggang dengan penuh bergaya.

Konvoi ini berjaya direalisasikan dengan idea dari pengerusi Club Antique Motor Kulim iaitu En Abdul Razak Bin Buhari, AJK tugas Khas Encik Abdul Latif Bin Abdullah dan ahli ahli lain. Sekiranya berminat untuk mengikuti kisah dan aktiviti selanjutnya, anda boleh melayari Facebook kelab iaitu Club Antique Motor Kulim.