Roadtec 01 dari Metzeler

Roadtec 01 dari Metzeler memastikan cengkaman cemerlang samada di atas permukaan jalan basah mahupun kering termasuk keadaan jalan yang tidak sempurna, perbatuan yang cemerlang dan kestabilan terbaik pada kelajuan. Roadtec 01 merupakan pengganti kepada penerima anugerah dan menerima pelbagai penghargaan iaitu Roadtec Z8 Interact, sekali gus menjadikan ia sebagai tayar terbaik dalam segmennya yang mana turut meningkatkan perbatuan serta cengkaman yang lebih cemerlang ketika basah pada permukaan rendah geseran.

Ciri-ciri dan kelebihan Roadtec 01
Evolusi terbaharu tayar sport touring dari Metzeler, Roadtec mengekalkan kecemerlangan model terdahulu Roadtec Z8 Interact dan salah satu kelebihan yang telah dipertingkatkan adalah cengkapan yang lebih kemas serta cemerlang di permukaan yang kurang mencengkam serta basah, meningkatkan perbatuan (+10%) dan juga boleh diadaptasi untuk pelbagai motor, gaya penunggangan serta keadaan cuaca.

– Roadtec mempunyai corak bunga yang baharu. Tayar hadapan mempunyai alur melintang untuk arah tayar berputar yang meningkatkan cengkaman secara mekanikal pada permukaan yang licin dan menunggang dalam situasi yang berbeza.
– Kawasan yang bersentuhan dengan asfalt lebih lebar dan pendek yang turut berfungsi bersama teknologi 0-degree steel-belt dari produk jenama Metzeler, dijamin perbatuan yang lebih tinggi dan prestasi yang lebih tahan lama.
– Kompaun inovatif diadaptasi dengan cukup baik mengikut keperluan kategori penunggang motosikal yang pelbagai. Dwi-kompaun tayar belakang dengan 100% silika di bahagian sisi serta silika dan karbon hitam di bahagian tengah, memastikan cengkaman untuk kegunaan dalam pelbagai keadaan. Manakala 100% silika di bahagian tayar hadapan memastikan keselamatan ketika membrek, khususnya pada permukaan jalan yang basah dan kurang geseran.
0-degree steel-belt bersama teknologi Interact meningkatkan kestabilan serta keselesaan, memastikan anda menikmati penunggangan sepanjang perjalanan.
Saiz untuk Heavy Weight Motorcycles (HVM) dan motor enduro street, tayar ini muat untuk motor dari pelbagai segmen.

* Untuk maklumat lanjut, hubungi South East Asia Auto Parts Sdn Bhd 03 – 6250 3411.