Kawasaki telah melancarkan versi 2023 untuk motosikal bergaya klasik W175 di Indonesia. Sebagaimana yang diketahui, motosikal bersesaran kecil ini sentiasa tampil dengan tema retro dan masih lagi menjadi hanya untuk pasaran Asia. Motosikal terbaharu ini mempunyai penampilan yang sama dengan model terdahulu dengan lampu utama bulat dan pembalut tempat duduk retro benar-benar mengimbas aura olskool.
Bagi tahun 2023, the Kawasaki W175 disediakan dalam 3 versi: TR, TRSE dan Cafe Racer. TR kelihatan seperti scrambler tetapi TRSE pula tampil seperti jentera UJM konvensional. Bagi Cafe Racer pula, tetap seperti sebuah Cafe Racer. Ketiga-tiga pilihan adalah demi untuk memastikan para pelanggan mendapat pakej entri retro yang sesuai dengan citarasa. Bukan itu sahaja, Kawasaki juga menawarkan pilihan warna baharu untuk W175.
Varian TR bergaya scrambler ini menyerlahkan sudut estetik yang lasak dilengkapi penutup tempat duduk yang lasak, bahagian hadapan yang tinggi, fender belakang dan juga plat. Diwarnakan hijau sekaligus menjejak kembali warna khazanah motocross Kawasaki.
Manakala untuk versi TRSE mempunyai rekaan yang sama tetapi didatangkan dengan dua warna khas yang diinspirasikan dari tahun 1950an. Akhir sekali, Cafe Racer yang tampil dengan decal unik pada tangki minyak serta panel tepi yang tampil lebih sporti.
Kawasaki W175 berkongsi enjin yang sama dan penalaan seperti model terdahulu dari segi teknologi dan prestasi. Enjinnya pula merupakan silinder tunggal penyejuk cecair 177cc yang menghasilkan 13hp dan tork 9.8ft-lbs. Selain itu, ia jauh lebih ringan, hanya 126kg berbanding motosikal klasik lain dalam kelasnya.
Selain itu, Kawasaki W175 juga mempunyai suspensi traditional teleskopik hadapan dan penyerap hentak belakang kembar. Manakala sistem breknya pula ABS konvensional termasuk disk hadapan dan dram belakang. Casis berbuai tunggal, lampu hadapan bulat dengan lampu halogen untuk mengekalkan ciri-ciri antiknya. Secara tidak langsung, jelas dilihat ianya diinspirasikan dari motor besar seperti Triumph Bonneville W800.
Bagi pasaran Asia, W175 menawarkan rasa vintaj yang sama tetapi lebih mampu milik dengan pakej yang paling praktikal.
Sumber : Rideapart