Rider 5000, Skuter Elektrik Klasik Dengan Sentuhan Moden?

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat banyak kemasukan baharu dalam segmen motosikal elektrik ringan dan juga skuter. Kebanyakannya pula berasal dan diperbuat dari China yang kemudiannya menjalani penjenamaan semula. Salah satu contoh terdekat ialah skuter elektrik Rider 5000 yang dilancarkan baru-baru ini di Perancis.

Sekali imbas, ia saling tak tumpah kelihatan seperti sebuah skuter klasik dari Vespa. Kalau diperhatikan betul-betul, tiada siapa yang menyangka, Rider 5000 ini merupakan sebuah skuter elektrik kecuali kekurangan paip ekzos.

Skuter elektrik ini dikuasakan oleh motor 5,000 tetapi ia turut ditawarkan dengan beberapa pilihan yang mampu milik seperti model 4,000 dan 3,000. Skuter elektrik dengan 5,000 motor elektrik ini menghasilkan 6.8hp yang menjadikan skuter Rider 5000 ini sebaris dengan skuter dikuasakan gasoline 125cc.

Walaupun banyak kekurangan dari segi spesifikasi prestasinya, namun penunggang dan pengguna akan merasa cukup puas hati berbanding skuter 125cc kerana respon pantas oleh powertrain elektrik. Tampil dengan gaya yang ringkas serta sederhana, ia sudah cukup memadai untuk para penunggang khususnya golongan muda.

Mungkin nampak klasik tetapi Rider 5000 turut dilengkapi dengan ciri-ciri moden seperti pemapar LCD yang ditempatkan di pemegang bar. Selain itu, kerangka badan krom dan tempat duduk berwarna beige menonjolkan ciri-ciri premium.

Bakal menjengah ke pasaran Eropah, Rider 5000 mungkin dikenali dengan nama-nama lain seperti Pusa Li5000W. Skuter elektrik dengan gaya elegan ini mampu bergerak sehingga 60 batu dengan sekali pengecasan dengan bateri NMC Litium 40 Ah. Manakala masa pengecasan sekitar 3 ke 5 jam.

Sumber : Rideapart.com