Restorasi Ducati 750GT Tampil Lebih Bergaya Dengan Nafas Baharu

Selepas motor seperti Honda CB750 dan Kawasaki Z1 mula memberikan definisi untuk kategori superbike, Ducati sedar yang mereka perlu melakukan sesuatu untuk tidak ketinggalan, sama ada atas trak dan juga atas jalan raya. Enjin terbesar yang pernah dibuat pada waktu itu ialan 450cc single. Ia merupakan idea pereka Fabio Taglioni untuk menambah silinder kedua pada sudut 90 darjah seterusnya mencipta enjin Ducati L-Twin yang terkenal dan 750GT merupakan motor pertama yang menggunakan enjin itu di atas jalan.

Ducati memperkenalkan 750GT pada tahun 1971 dan motor ini adalah contoh motor tahun 1974 dari 4,000 unit contoh, selain tambahan 40 unit yang dibina pada tahun 1978. Motor ini telah menjalani restorasi penuh oleh Guzzi Doctor dengan menelan kos hampir $20,000. Warna asalnya adalah merah gelap, motor ini telah dikemaskini dengan warna oren dan juga hitam. Semuanya kelihatan baharu.

Bahagian paling penting adalah enjinnya yang dibina semula pada tahun 2020 yang lalu. Semuanya tampil baru termasuk tempat duduk dan injapnya, silinder dan juga piston. Selain itu, motor ini telah dicuci secara kimikal dan menjalani kerja-kerja penampalan. Karburator telah dibina semula. Ia juga dikemaskini dengan regulator solid-state. Penutupnya juga sudah dikilatkan begitu juga dengan muffler Conti. Lebih menakjubkan, enjinnya dihidupkan hanya dengan sekali cubaan dan boleh ditunggang dengan membelah angin. Laju meluncur di atas jalan.

Beberapa bahagian lain dikekalkan keasliannya dengan beberapa kemaskini. Usaha keras serta ketelitian menghidupkan kembali motor ini yang pastinya mampu memberi saingan kepada motor-motor retro yang telah menjalani kerja-kerja restorasi yang serupa!

Sumber : RideApart.com