Baru-baru ini, Vespa telah mengumumkan Special Edition (Edisi Khas) model 946 untuk meraikan sambutan Tahun Baru Cina. Edisi khas ini juga bagi meraikan ulang tahun model tersebut yang kesepuluh tahun ini. Pada tahun 2013, Vespa telah melancarkan 946 dan memasuki tahun 2023, genap sepuluh tahun usianya.
Sambutan Tahun Baru Cina jatuh pada 22 Januari dan sempena tahun arnab, Vespa menjelaskan ia merupakan simbol terhadap keamanan, kesihatan dan juga menghormati masa lalu. Justeru, kombinasi tersebut mendorong Vespa meraikan ulang tahun ke-10 946 dengan edisi istimewa yang didedikasikan sempena tahun arnab!
Diberi nama sebagai 946 10° Anniversario, edisi ini ditampilkan dalam warna hijau dengan livery yang memaparkan grafik arnab. Bukan itu sahaja, skuter ini turut dikemaskini dengan ciri-ciri lebih menarik termasuk warna hitam, pelana upholstery berganda yang dijahit menggunakan tangan. Namun, Vespa tidak pula memilih warna yang sinonim dengan budaya China iaitu merah.
Sebanyak 1,000 unit Vespa 946 10° Anniversario bakal dikeluarkan tidak lama lagi.