Jerejak Crew telah merancang konvoi ke selatan tahan air iaitu Melaka dan Johor sebagai penutup tahun 2020 yang diadakan pada 24 hingga 27 Disember sempena cuti Krismas. Para peserta konvoi telah bertolak dari Pulau Pinang sekitar pukul 10 malam pada 24 Disember lalu yang melibatkan sebanyak 40 jentera terdiri dari Yamaha Y15 dan Honda RS. Bukan itu sahaja, sebuah kenderaan 4×4 turut dibawa bersama sebagai back-up sekiranya ada masalah dengan motosikal para peserta.
Para peserta konvoi telah bertolak dari Pulau Pinang lebih kurang pukul 10.30 malam dan destinasi hari pertama ialah, Melaka dan para peserta melalui perjalanan dari Pulau Pinang ke Melaka tanpa sebarang masalah. Kemudian, konvoi berehat sebentar untuk melelapkan mata di hentian jejantas Sg. Buloh sebelum menyambung semula perjalanan dan selamat tiba di homestay Adik Abg Klebang sekitar pukul 10.00 pagi.
Di homestay ini, para peserta mengambil peluang untuk berehat. Pada sebelah petang, para peserta telah menikmati hidangan makan malam bersama rider di Berkat Salam Bukit Katil. Sebaik sahaja selesai, konvoi bergerak ke Dataran Melaka untuk bergambar dan menikmati keindahan Bandaraya Melaka pada sebelah malam.
Pada hari ketiga, para peserta bergerak ke Tanjung Piai pada pukul 8.00 pagi, Johor mengikut rancangan yang telah diaturkan lebih awal. Selepas sahaja sesi bergambar dan menikmati panorama di Tanjung Piai, para peserta bergerak dan berehat di Kopi Tenggek Pontian (Route J 48). Destinasi seterusnya, para peserta menuju ke Kari Kambing 41 hari di Sungai Rambai, Melaka. Selesai menjamu selera dan mengisi perut, para peserta bergerak pulang ke homestay.
Seterusnya pada hari keempat, sebelum perjalanan pulang ke Pulau Pinang para peserta berpeluang singgah ke destinasi terakhir iaitu Dataran Pahlawan Melaka untuk ‘window shopping’. Seterusnya, para peserta bersedia bertolak pulang ke Pulau Pinang pada jam 1 tengah hari dan tiba ke destinasi pada pukul 12 malam.
Manakala para penaja yang berbesar hati menaja Konvoi Jerejak Crew Attack Southern kali ini ialah AFJPrint Studio, Empire Bike Wash dan Pauh Motor. Antara perhentian atau pitstop yang sempat disinggahi para peserta konvoi sepanjang perjalanan dari Pulau Pinang – Melaka – Johor – Pulau Pinang termasuk;
– Sg. Bakap
– Bukit Gantang
– Behrang
– Sungai Buloh
– Alor Gajah