Bersaing dalam musim pertamanya di MotoGP, Jorge Martin meraih petak pertama dengan mencatatkan rekod masa terpantas di Red Bull Ring iaitu 1 minit 22.994 saat. Dengan kelebihan yang ada, beliau memanfaatkan kedudukannya di petak pertama tersebut dan meraih kemenangan sulungnya di Grand Prix Of Styria.
Pelumba yang mewakili Pramac Racing itu melakar kemenangan setelah memaparkan aksi konsisten sepanjang 27 pusingan di posisi hadapan. Sebelum itu, perlumbaan dihentikan ekoran bendera merah dikibarkan ekoran perlanggaran motor yang kemudiannya terbakar di antara Dani Pedrosa dan Lorenzo Savadori.
Namun, kemaraan Jorge Martin tidak dapat disekat sebaik sahaja perlumbaan dimulakan semula dan menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 38 minit 7.879 saat serta meninggalkan Joan Mir dan Fabio Quartararo di belakang.
Sumber : MotoGP