Seramai 400 orang murid-murid SMK Kota Bharu dan 30 orang kadet JPJ dari sekolah-sekolah terpilih telah menghadiri Program Kempen Keselamatan Jalan Raya yang pertama kali diadakan di Pantai Timur. Dianjurkan dengan kerjasama JPJ Negeri Kelantan dan Koyoko dan SMK Kota Bharu ini dirasmikan oleh Tuan Haji Mahasan Bin Mustapa, Pengarah JPJ Negeri Kelantan.
Program yang diadakan pada 9 April lalu ini turut dihadiri Pengetua SMK Kota Bharu, Yang Mulia Datin Hajah Tuan Maznah Bt Tuan Ibrahim, Penyelia Pendidikan Ko-Kurikulum PPD Kota Bharu, Puan Nadiatul Shima Bt Abu Bakar dan Duta Koyoko, Hishamuddin Md Rashid (Kojeq).
Para peserta diberikan taklimat oleh Ketua Cawangan JPJ Bukit Bunga, Kelantan iaitu Tuan Mohd Ariff Bin Rashid @ Yaacob. Turut hadir memberikan taklimat adalah wakil dari Koyoko, En. CP Khor yang memberi penekanan terhadap cara-cara pemilihan bateri dan tayar motosikal.