Acara tahunan yang biasa diadakan setahun sekali melibatkan jarak perjalanan jauh anjuran Geng King Kari (GKK) kali ini disertai pelbagai jenis motosikal. Baru-baru ini, satu lagi program telah diadakan dan destinasinya pula adalah Temerloh, Pahang.
Program yang berlangsung selama dua hari iaitu pada 20 dan 21 November ini dimulakan di RnR Simpang Pulai menghala ke selatan. Para peserta terlebih dahulu telah berkumpul seawal pukul 7.00 pagi untuk mendengar sesi taklimat sebelum memulakan perjalanan.
Ride Ke Temerloh ini telah diketuai oleh saudara Shahrul (RAWK) yang menyusun atur perjalanan mengikut panduan tentatif program yang diberikan. Perjalanan sejauh 360km ini boleh dikategorikan sebagai sangat mencabar khususnya bagi golongan retro.
Namun begitu, semua penat lelah sepanjang perjalanan berjaya dihilangkan apabila tiba ke homestay yang disediakan bertempat di Janda Baik. Di sini, para peserta dapat beramah mesra dan mengukuhkan lagi ukhuwah dengan pelbagai aktiviti termasuk barbeku.
Syukur Alhamdulillah ke hadrat Ilahi kerana program ride kali ini berakhir dengan cemerlang pada 21 haribulan. Walaupun perjalanan pulang diiringi dengan hujan lebat di sebelah petangnya, semua peserta tiba ke destinasi masing-masing dengan selamat.
Perkongsian : Fuad