Program Akhir Tahun ROSE RIDERS

Selepas Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dimansuhkan, Republic Of Skyline Entertainment Bikerz telah membuka langkah dengan meneruskan program konvoi yang telah disusun sebelum ini. Diadakan pada 12 Disember lalu, program ini telah berlangsung dengan jayanya.

Seramai 33 ahli Rose Riders telah berkumpul seawal jam 8.00 pagi di tol Bukit Merah bagi memeriahkan lagi program akhir tahun ini. Selesai sahaja taklimat awal, konvoi terus bergerak ke dua tempat bagi sesi penggambaran sepanjang perjalanan menuju Pitstop A 190.

Para peserta mendapat sambutan dan layanan terbaik dari pemilik Pitstop iaitu En. Syed. Tidak mustahil atau melampau kalai dikatakan, bahawa Pitstop A190 cukup indah dan menggamit nostalgia. Selesai makan tengahari, semua ahli mengambil kesempatan untuk bergambar dan menikmati panorama tempat tersebut dan diikuti majlis penyerahan sijil sebagai acara kemuncak program.

Biar Tak Laju Tapi Bergaya

Dalam Ride kita bina Ukhwah
Dalam Ukhwah kita bawa Dakwah
Dalam Dakwah Kita bentuk Sahsiah
Dalam Sahsiah kita cipta Riders BERMARUAH!