Bateri Lithium Motosikal
Penggunaan bateri lithium motosikal yang diaplikasikan kebanyakan pengeluar motosikal bukan sahaja menjadi trend terkini malah semakin diterima ramai pengguna. Siri bateri motosikal lithium OEM ini adalah hasil kejayaan inovasi serta penyelidikan dan pembangunan dalam usaha menggantikan bateri asal dengan menggunakan dimensi yang sama dengan prestasi yang optima. Bagi makluman, siri POWEROAD OEM ini adalah pilihan terbaik untuk motosikal anda.
Antara keistimewaan penggunaan bateri siri POWEROAD OEM ini termasuk kitaran hayat yang lebih panjang, empat kali ganda lebih panjang berbanding bateri asid plumbum, kadar nyah-cas yang lebih tinggi sehingga 70c. Walaupun dalam suhu rendah (sejuk), bateri ini masih memberikan prestasi cemerlang berbanding produk-produk lain di pasaran, menggantikan bateri asid plumbum dan sesuai dengan sistem pengecasan motosikal yang asal.
Bukan itu sahaja, bateri POWEROAD OEM ini mempunyai pengesan dinamik, kadar pengecas yang pantas menerusi arus yang tinggi. Hasil penyelidikan dan pembangunan yang dijalankan, perumahnya dibangunkan dari bahan-bahan yang diformulasikan dari perintang api membuatkan ia tahan suhu panas sehingga mencecah 230°C. Bateri POWEROAD ini juga boleh dihidupkan walaupun selepas 12 bulan serta jauh lebih ringan sehingga 60% berbanding bateri asid plumbum, sesuai untuk motor lumba, motor untuk jalan lasak dan juga motor Harley.
Bateri Nano-Gel
Nano-gel merupakan bateri gel kitar semula yang mempunyai jangka hayat yang panjang serta prestasi yang cemerlang. Bateri Nano-gel Poweroad ini bukan sahaja berprestasi tinggi, malah ia juga tidak perlu sebarang penyenggaraan. Bateri Nano-gel Poweroad ini merupakan satu-satunya bateri yang mempunyai ciri-ciri istimewa seperti sebatian silika dioksida dan Jerman yang diadunkan, dipotong dan diisi untuk mendapatkan hasil yang tepat. Mengawal pengeluaran dengan cara ini, membolehkan bateri Nano-gel Poweroad menghasilkan prestasi unggul yang boleh diharapkan.
Untuk maklumat lanjut, hubungi;
Hodaka Moto World Sdn Bhd (PJCC)
82, Jalan PJS 5/30,
Petaling Jaya Selatan,
46150 Petaling Jaya,
No Tel : 03 – 7785 2558.
Facebook : https://www.facebook.com/dnafilters/
Facebook : https://www.facebook.com/motoworldmalaysia/
Web : http://www.motoworld.com.my