Polis Menawarkan Potongan 50% untuk Saman Trafik

Bermula dari 18 Jun sehingga 18 Julai ini, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menawarkan program potongan sebanyak 50% untuk pembayaran saman berkenaan kesalahan trafik. Bagaimanapun, saman-saman yang dikeluarkan awal tahun ini termasuklah pengubahsuian ekzos, kes yang sedang melalui perbicaraan serta untuk kenderaan berat tidak akan diberikan sebarang potongan.

Pembayaran saman boleh dibuat melalui app MyBayar Saman. PDRM berkata bahawa mereka menggalakan penggunaan app tersebut untuk mempromosi pembayaran secara tanpa tunai, memandangkan bahawa semua kaunter pembayaran ditutup ketika fasa Perintah Kawalan Pergerak Menyeluruh ini. App tersebut boleh dimuat turun daripada Apple App Store, Google Play Store serta Huawei Gallery.

Sumber: The Star Online