Pilihan Dua Warna Baharu, Bakal Dilancarkan April Ini

Sejak tahun 1997, Yamaha Vino menjadi skuter paling popular di Jepun khususnya di kalangan para penunggang muda. Ditambah pula dengan penampilan yang comel, mudah ditunggang dan harga yang mampu milik, menjadikan ia skuter yang sukar untuk dilepaskan.

Setelah beberapa tahun, kini Vino tampil dengan beberapa kemaskini terbaharu. Penampilan retro dan karakter yang comelnya, kini ditambah lagi dengan pilihan warna untuk model tahun 2022 ini. Dua warna pilihan terbaharu ini ialah Bonnie Blue dan juga Matte Armored Green Metallic selain mengekalkan warna pilihan sedia ada.

Bakal dilancarkan pada bulan April ini, kedua-dua pilihan warna terbaharu ini tampil lebih ringkas dan cukup elegan. Sebelum ini iaitu pada tahun 2021, Yamaha Vino menawarkan beberapa warna solid seperti Fighting Red, Graphite Black, Version Beige, dan Mahogany Brown Metallic.

Walaupun dilancarkan dengan pilihan warna yang baharu, Yamaha Vino ini dikatakan masih mengekalkan harga jualannya iaitu bermula dari $1,771 USD bersamaan dengan RM7,414.80 harga di Malaysia.

Bagi menyempurnakan model terbaharu ini, ia didatangkan dengan kelengkapan standard terdiri daripada headlight bulat, tinggi, cermin pandang belakang yang bulat dan tailight bergaya retro.

Ia juga dilengkapi dengan sistem brek CBS untuk kemudahan para penunggang meronda di sekitar bandar dan sistem pemberhentian idle agar dapat menjimatkan penggunaan minyak sementara menunggu lampu trafik.

Sumber : Rideapart / Young Machine