Piaggio Bakal Muncul Di Beijing Motor Show 2021?

Baru-baru ini, Piaggio memutuskan untuk mendedahkan skuter elektrik Piaggio One di Beijing Motor Show yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Ia merupakan skuter elektrik kedua Piaggio Group selepas Vespa Elettrica.

Sebelum ini, Piaggio telah mengeluarkan teaser pendek di TikTok yang memberikan sedikit gambaran tentang skuter ini. Selain itu, video pendek turut dikongsikan di beberapa platform media sosialyang lain untuk memastikan ia dapat ditonton oleh ramai orang sebelum ia diumumkan secara rasmi dan lebih terperinci.

Dalam masa yang sama, Piaggio turut merancang untuk melancarkan Piaggio One secara global, menawarkan kualiti, gaya, boleh diharapkan serta bateri yang boleh dialih di mana pengguna boleh membawa bersama mereka kerana ia berfungsi secara plug in. Mereka juga boleh plug in semula bila-bila masa yang dimahukan.

Selain itu, Piaggio juga didatangkan dengan ciri-ciri istimewa lain seperti pelepasan sifar, berfungsi tanpa kunci, lampu LED penuh, peta dua enjin, instumentasi digital dengan warna penuh dan penyimpanan barang yang luas.

Sumber : Rideapart