Peugeot Menawarkan Hanya 20 Unit Untuk Setiap Model Di Pasaran Jepun

Peugeot Motocycles telah kembali di beberapa pasaran di seluruh dunia. Syarikat dari Paris ini memberikan fokus utama terhadap pengeluaran skuter dan memasarkan skuter Django untuk beberapa tahun setakat ini. Menampilkan rekaan neo-retro yang membezakannya dengan skuter retro lain, Django menjadi kegemaran kerana penampilannya yang lebih bergaya dan menjadi sebuah kenderaan yang boleh diharapkan.

Jika dilihat dari sudut prestasi, tiada banyak yang boleh diperkatakan. Bagaimanapun, gayanya benar-benar unik dan tiada lagi skuter lain dalam pasaran mempunyai rekaan yang seperti ini. Di Jepun, Peugeot telah mengeluarkan Bordeaux edisi terhad untuk kedua-dua model Django 125 dan 150. Hanya 20 unit setiap satu bakal dijual di pasaran Jepun ini.

Edisi Bordeaux Django ini tampil istimewa kerana pelananya yang didatangkan dalam kemasan berwarna merah yang dikatakan diinspirasikan oleh sejenis wain merah dari Bordeaux di Perancis. Warna ini benar-benar menaikkan lagi seri upholstery merah apabila bahagian lain skuter ini dilayangkan dengan warna hitam serta aksen krom di seluruh badannya. Memberikan penampilan kontras ialah rim aloi gaya retro dengan kemasan berwarna putih.

Peugeot menjual Django 125 Bordeaux ini pada harga sekitar $3,297 USD bersamaan RM14,525.13. Manakala untuk Django 150 Bordeaux yang lebih premium, dijual pada harga $3,498 USD bersamaan RM15,410.72.

Sumber : Rideapart