Perkenalkan Beberapa Siri Helmet Untuk Pasaran Malaysia

Kanekawa Sdn Bhd, pengedar rasmi untuk jenama Nolan Helmet di Malaysia sudah bersedia untuk mempamerkan khazah berharga dan juga pendekatan berfikiran ke hadapan oleh Nolan Group. Persidangan Viaggo Italiano anjuran Nolan Malaysia telah memperkenalkan penawaran helmet terbaharu kepada pasaran Malaysia.

Nolan Group ditubuhkan pada tahun 1972 oleh Lander Nocchi dan menjadi sebagai pemain terkemuka khususnya dalam sektor motosikal dan aksesori kereta. Diilhamkan dari Apollo Mission, Nocchi mengenalpasti potensi sebenar acuan suntikan polycarbonate untuk meningkatkan lagi tahap keselamatan motosikal. Ia juga mencetuskan revolusi topi keledar motosikal yang menggunakan polycarbonate, seterusnya menjadi pencetus revolusi dalam industri.

Persidangan Viaggo Italiano ini menjanjikan sebuah program yang mengujakan dan sangat signifikan khususnya untuk Nolan Malaysia. Pada program tersebut, beberapa siri helmet telah diperkenalkan termasuk X-Lite Series dan Nolan Series.

Nolan Helmet kini boleh didapati dalam pelbagai saiz demi keselesaan semua penunggang motosikal untuk memastikan ia selesa dipakai bermula dari saiz S sehingga XL. Setiap pembelian Nolan Helmet didatangkan dengan perlindungan waranti selama 5 tahun.

Antara model yang ditawarkan termasuk N21 Mini Jet Helmet pada harga mampu milik pada harga RM629 (kosong) dan RM689 (Grafik). Jika anda sedang mencari ‘open face helmet’, Nolan Helmet menawarkan N40-5 Jet Helmet yang dijual pada harga RM949 (tanpa corak) dan RM1099 (bercorak). Diikuti N60-6 Full Face dengan Innor Visor Helmet yang dijual pada harga RM 749 [tanpa corak], RM 989 [Grafik], RM 1049 [Replika].

Beberapa model lain turut ditawarkan seperti N80-8 Advanced Full Face with Inner Visor Helmet (RM949). Bagi helmet bercorak, harganya berbeza iaitu RM 1199. Ini diikuti dengan N90-3 Modular Helmet yang merupakan full flip-up helmet dijual pada harga RM 1199 (tanpa corak), RM1399 (Grafik).

Selain itu, Nolan juga mengeluarkan N70-2X System Helmet yang datang dengan 8 konfigurasi direka khas untuk jalan lasak. Harganya pula dijual pada RM1399 (tanpa corak) dan RM 1599 untuk grafik. Satu-satunya model dari X-Lite Helmet Series, X-803 RS menampilkan racetrack aerodynamic spoiler, double action lock mech, carbon fitting racing experience dan ultra carbon. Harganya pula RM2499 (tanpa corak), RM 2749 (Grafik), RM 2989 (Replika).