Diadakan di Teluk Batik, penganjuran ini seakan pengubat rindu dan menyaksikan penyertaan pelbagai pempamer yang tidak melepaskan peluang menggunakan kesempatan ini mempromosikan produk dan perniagaan masing-masing. Lebih menarik lagi, ada juga peserta yang mempamerkan koleksi kenderaan klasik dan retro milik peribadi. Ada yang masih elok dan dijaga cukup rapi.
Kehadiran pengunjung yang tidak putus-putus memeriahkan tapak acara secara tidak langsung menyuntik semangat kepada para peserta. Ada yang mengambil kesempatan ini merakamkan kenangan di samping koleksi kenderaan klasik dan retro ini. Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah diucapkan kepada barisan penganjur yang bertungkus-lumus dan berusaha untuk memastikan acara berjalan dengan lancar. Diharapkan acara serupa terus diadakan dan memeriahkan lagi dunia permotoran tanah air.
Perkongsian : En.Fuad Ipoh