Overlander Touring merupakan syarikat pelancongan yang sering menganjurkan percutian ke luar negara dan negara-negara Asia serta mempunyai pengalaman mengembara di Eropah. Salah satu aktiviti yang dianjurkan menerusi Team Leader Wendy ialah Ride To Surabaya dan Bromo Ride yang diadakan pada 2017. Aktiviti ini disertai seramai sepuluh orang rakan-rakan yang datang dari seluruh Malaysia. Perjalanan dimulakan dari lapangan terbang KLIA1 menaiki Air AirAsia menuju ke lapangan terbang Surabaya Juanda yang memakan masa selama 2 jam 30 minit.
Pada hari pertama, para peserta telah bermalam di Surabaya dan hanya akan menyewa motor untuk ke Bromo pada keesokan harinya. Bromo dikenali dengan kawah-kawah gunung berapi dan pemandangan yang sangat indah serta tidak dapat diungkapkan dalam kata-kata melainkan perlu menyaksikan sendiri keindahannya. Para peserta tidak melepaskan peluang merakam kenangan di sini dan sangat gembira kerana dapat menyaksikan keindahan alam anugerah ciptaan Tuhan.
Lebih menyeronokkan lagi, apabila para peserta berpeluang tidur di kawasan pergunungan yang sejuk kerana suhu mencecah 14 ° celsius. Para peserta juga berkesempatan menunggang kuda dan melawati kawasan-kawasan menarik sekitar Bromo ini serta menyaksikan matahari terbit. Ia merupakan salah satu kelebihan Overlander Touring Malaysia menerusi Rizwendi Zainol Abidin yang sering kali menganjurkan beberapa percutian.