Pusingan pertama yang bakal membuka musim 2023 ini akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang, Selangor (SIC). Usahasama di antara SIC dan Two Wheels Motor Racing Sdn Bhd (TWMR) dalam mempromosikan dan meningkatkan standard MSBK ini membuka peluang kepada para peminat tempatan menyaksikan perlumbaan dan barisan pelumba profesional beraksi dengan lebih dekat.
Bagi makluman, FKR akan menghantar pasukan untuk menyertai MSBH ini buat julung kalinya. Baru-baru ini, FKR telah mengumumkan dua pelumba pasukan FKR yang bakal bersaing di Litar Antarabangsa Sepang bersama-sama pelumba negara yang lain. Dua orang pelumba muda berjiwa kental akan mewakili pasukan FKR iaitu Syafiyah Alia dan Haikal Fikri.
Meskipun pasukan FKR menyertai MSBK buat kali pertama, para pelumba yang mewakili pasukan ini bukanlah calang-calang. Kedua-duanya anak muda berbakat besar. Semoga pasukan FKR dapat memberikan aksi cemerlang dan bersaing sama hebat dalam kalangan pasukan-pasukan lain!