Penunggangan Selamat dan Menyeronokkan Setiap Hari

Di mana sahaja keghairahan yang membawa anda, Michelin Pilot Street 2 akan membuatkan tunggangan lebih selamat menuju destinasi impian anda. Untuk rekod, Michelin Pilot Street 2 yang dilancarkan tahun lalu merupakan model tayar baharu menggantikan Pilot Street sedia ada dan berada di pasaran ketika ini pada tag harga yang sama. Sekali pun begitu terdapat perbezaan ketara terutama dari segi bentuk rekaan bunganya.

Secara fizikal, Pilot Street 2 direka dua jenis bunga iaitu satu yang berlongkang di tengah dan hanya boleh digunakan pada roda hadapan sahaja manakala satu lagi mempunyai rekaan bunga berlainan dan boleh digunakan untuk tayar hadapan dan belakang. Kesemua corak pada bunga tayar yang terdapat pada Michelin Pilot Street 2 merupakan pengalaman bertahun-tahun Michelin dalam perlumbaan berprestij kejuaraan motosikal dunia – MotoGP.

Corak bunga seakan pemotongan alur sebenarnya menyumbang kepada prestasi atas jalan basah yang lebih baik dan dengan rekaan sama masih mampu memberikan prestasi yang meyakinkan atas jalan kering. Jika anda perhatikan, Pilot Street 2 yang digunakan pada tayar hadapan mungkin nampak rekaan aneh seperti terbalik. Tetapi sebenarnya ia memang begitu, dan tayar ini mempunyai dua arah pusingan yang berbeza, bergantung sama ada ia digunakan pada roda belakang atau roda hadapan.

Dicipta untuk memberi kesimbangan yang sempurna antara prestasi, gaya dan jangka hayat yang lebih lama, Michelin Pilot Street 2 adalah pilihan terunggul bagi penunggang motosikal di Malaysia hari ini.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi;

Michelin Malaysia Sdn Bhd
Unit 901 & 904 Level 9 Uptown 2,
No 2 Jalan SS 21/37,
Damansara Utama,
47400 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.
No tel : 03 – 7680 3888 / 017 – 322 5477
Facebook : https://www.facebook.com/MichelinMalaysia/
Web : https://www.michelin.com.my/