Penjelajahan Ke Sebuah Negeri Di Pantai Timur

Sebanyak 16 buah motosikal kapcai C70 yang terdiri dari ahli-ahli Club Antique Motor Kulim telah menjelajah ke sebuah negeri di pantai timur iaiu Pahang Darul Makmur. Perjalanan dari Kulim ke negeri Pahang ini mengambil masa lebih kurang 11 jam. Pihak konvoi terpaksa mengharungi hujan yang agak lebat dalam perjalanan menuju ke Pahang.

Setibanya di Pahang, para peserta konvoi disambut dengan penuh meriah oleh Kelab Fame Pahang yang melibatkan sebanyak 16 buah motosikal yang diketuai oleh Mohamad Jamil B. Muhamad Tahir dan pembantu beliau, Kamarul Izuddin B. Kamaluddin.

Para peserta konvoi diberikan layanan cukup baik oleh Kelab Fame Pahang termasuk melawat tempat-tempat menarik di negeri Pahang ini. Aktiviti berkonvoi ini berjaya direalisasikan dengan idea dari pengerusi Club Antique Motor Kulim, Encik Abdul Razak Bin Buhari bersama ahli-ahli lain.

Diadakan sebelum sebelum PKP iaitu pada 6 hingga 8 Mac lalu, perjalanan ke Pahang ini menerima tajaan dari Benzol Oil Lubricant Malaysia bersama Kak Sal Sardin (Puan Salmah Abu Bakar dan Kedai Kek Firdaus Delight Kulim. Tahniah diucapkan kepada para peserta dan penaja yang menaja perjalanan kali ini. Untuk mengikuti kisah lanjut, layari Facebook Club Antique Motor Kulim.

Perkongsian oleh : Razak Chyenne