Memilih minyak enjin terutamanya bagi sebuah motosikal bukanlah sesuatu yang mudah. Berdasarkan jentera semasa, pemilihan minyak enjin yang terbaik dan bersesuaian akan menjamin prestasi dan ketahanan enjin kenderaan anda.
Jika kita lihat, terdapat banyak faktor yang mempengaruhi pemilihan minyak enjin antaranya ialah kelikatan minyak, jenis minyak atau jenis enjin motosikal yang disyorkan oleh pengilang itu sendiri. Segalanya terpulang kepada anda dan paling penting ia mempunyai tahap piawaian seperti JASO.
Kenapa perlu memilih minyak yang mempunyai tahap piawaian JASO? JASO merupakan singkatan dari perkataan Japanese Automotive Standard Organization, iaitu satu organisasi yg mengeluarkan standard – standard tertentu untuk kenderaan atau motosikal buatan Jepun.
Bagaimanapun, bagi minyak pelincir, JASO turut mengeluarkan tahap-tahap tertentu sepertimana API (American Petroleum Institute).
Kerana itu, Idemitsu, jenama minyak yang dipercayai dari Jepun, kini menjadi pilihan pengguna kenderaan dan motosikal dewasa ini. Minyak yang mendapat pengiktirafan dan piawaian yang ketat dari JASO merupakan pilihan terbaik bagi memastikan prestasi enjin berterusan dan tahan lebih lama.
Untuk info pengguna, Idemitsu kini memperkenalkan dua model minyak enjin (4T) baharu yang diberi nama SL/MA2 5W-40 dan SL/MA 10W-40. Bagi model SL/MA2 dengan kelikatan 5W-40 ia merupakan minyak enjin motosikal 4-lejang yang diformulasikan dengan bahan sintetik PAO.
Bersaiz 1.0liter, model SL/MA2 5W-40 mendapat piawaian API: SL & JASO T 903: 2016, diikuti model berasingan SL/MA 10W-40 yang merupakan pilihan kedua dalam segmen minyak sintetik penuh. Kedua-duanya telah mendapat jaminan prestasi dari Idemitsu Malaysia.
Formulasi terkini dengan bahan PAO menawarkan perlindungan enjin yang cukup signifikan ketika berada pada tahap suhu tertinggi dan pada kuasa output pada tahap maksima. Kedua-dua model ini disyorkan bagi motosikal 4-lejang dan jentera sport bike.
Sementara bagi model Semi-Sintetik pula, model SL/MA 10W-40 dianggap produk paling ‘hot’ dikalangan pengguna motosikal hari ini.
Minyak semi sintetik menggunakan bahagian sebatian sintetik mencapai 50%. Cairan pelincir seperti itu mengekalkan kelikatan yang stabil walaupun dalam fros sedikit. Adalah disyorkan untuk menggunakan semi sintetik dalam enjin dengan kapasiti silinder kecil.
Terdapat ramai mekanik motosikal mensyorkan atau menasihati anda untuk beralih ke jenis minyak ini apabila enjin mencapai usia yang lebih lama atau sekiranya enjin anda mempunyai masalah pembakaran.
Bagi yang mahukan minyak biasa (mineral base), Idemitsu memperkenalkan tiga model dengan harga yang ekonomi seperti SL/MA 10W-30, SL/MA 20W-50 atau SL/MA 40. Model minyak enjin mineral dari model SL/MA 10W-30 dan dua model biasa lain mendapat jaminan dari Idemitsu Malaysia.
Kesemua model Idemitsu mempunyai piawaian yang ketat untuk memastikan minyak motosikal yang dibekalkan cukup ideal dengan motosikal hari ini.
Sejak tahun 1998, standard JASO T 903 telah berkuatkuasa menetapkan keperluan untuk minyak motor direka khusus untuk motosikal sahaja. Ia juga berkaitan dengan pelincir cecair untuk enjin 4 lejang.
Ciri khas produk automotif adalah laluan ujian dalam klac “basah”. Pada tahun 2006, piawaian itu dikemaskinikan, jika bahan itu tidak lulus bagi mendapat piawaian organisasi Jepun seperti JASO, ia tidak disyorkan untuk digunakan dalam sebarang motosikal
Idemitsu mempunyai sejarah yang kaya dalam mengembangkan produk di samping pengeluar peralatan asli terkemuka (OEM) dari permulaan projek, dan hari ini adalah pakar dalam penyelesaian pelinciran dengan kelikatan rendah, penjimatan bahan bakar.
Instagram: https://www.instagram.com/idemitsumy/
Facebook: IdemitsuLubeMalaysia
Website: https://idemitsu-ilm.com.my/