Peningkatan Lebih 20% Tidak Lama Lagi, Ramal CEO Ather Energy!


Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, permintaan skuter dan motosikal elektrik kian meningkat terutamanya dengan jarak maksimum serta kapasiti bateri yang semakin membaik, lebih banyak model sesuai digunakan sebagai pengangkutan khususnya di bandar. Kebanyakan pengguna lebih memilih untuk menggunakan kenderaan elektrik selepas pandemik COVID tetapi penaung Ather Energy dan juga ketua pegawai eksekutif Tarun Mehta percaya gelombang baharu bakal tiba.

Menurut Mehta, Ather Energy telah berkembang dengan lebih baik dalam masa beberapa tahun ini dengan mencatatkan peningkatan khususnya 6 bulan kebelakangan ini dari 3-4 peratus dalam segmen skuter di pasaran menjadi 12 peratus. Tidak mustahil akan meningkat hampir 25-30 peratus dalam masa 12-18 bulan lagi.

Sementara itu, subsidi untuk kenderaan elektrik di India membantu para pengguna menggunakan teknologi terbaharu ini. Program insentif ini dikatakan bakal berakhir pada hujung tahun 2023 tetapi subsidi ini dilanjutkan sehingga tahun 2024 oleh kerajaan India. Program pembelian ini dilihat dapat membantu penunggang motosikal untuk mula membeli sekali gus meningkatkan jumlah jualan.

Sumber : Rideapart