Pengangkutan Elektrik Dengan Prestasi Tinggi Untuk Kegunaan Masyarakat!

Skuter elektrik menjadi pengangkutan kegemaran khususnya untuk pengguna di bandar-bandar Asia. Begitu juga negara-negara Eropah yang sudah terkenal dengan skuter seperti Vespa yang berasal dari Itali. Kini, dengan teknologi terkini, skuter didatangkan dengan ciri-ciri terkini seperti kenderaan-kenderaan lain.

Terbaharu, Ola Electric tampil dengan sebuah model skuter elektrik baharu. Syarikat yang berpengkalan di India ini telah mendedahkan skuter yang sudah pun sedia untuk memasuki pasaran. Dikenali dengan nama S1, ia telah dipromosikan secara berterusan di media sosial.

Pertama sekali, Ola S1 bukan sebuah skuter elektrik stereotaip atau membosankan. Ia mampu mencapai sehingga 30 batu per jam serta kelajuan tertinggi pada 70 batu per jam. Mungkin juga lebih laju dari Vespa S125. Malah, varian Pro dari SI ini menjanjikan sejauh 112 batu untuk sekali pengecasan.

Bagaimana pula dengan harganya?

Menurut laporan yang dikongsikan Rideapart, Ola Electric menawarkan dua varian untuk S1 ini dengan harga bermula pada $1,350 USD (RM5,725.70). Manakala harga untuk varian S1 Pro ditawarkan pada harga $1,748 USD (7,413.80), sama seperti harga sesetengah basikal. Buat masa ini, ia hanya boleh didapati di India dan akan menerokai pasaran antarabangsa tidak lama lagi.

Sumber : Rideapart / Ola