Kelab Permotoran Pilot One Seberang Perai merupakan cetusan idea pengasasnya sejak tahun 2012, En. Ismail Ibrahim atau Pak Mail yang sudah lama berkecimpung dalam dunia permotoran. Sebelum Pilot One diwujudkan, Pak Mail dan rakan-rakan mengiringi Mega Fortune ke beberapa acara permotoran dalam Malaysia dan juga Thailand sejak 2007.
Sejak tahun 2010, Pak Mail dan rakan-rakan telah dilantik persatuan permotoran negara Thailand, Tuan Wittaya Sumon dari Ride Thailand untuk mengiringi konvoi dari Thailand ke beberapa acara permotoran di Malaysia. Antaranya termasuk MotoGP dan 3 Nation Charity Ride di Malaysia. Bermula dari tahun 2011, kelab Frank Muller Supercar Tour telah melantik Pak Mail dan rakan-rakan untuk mengiringi supercar. Sehingga kini, Pak Mail dan rakan-rakan telah diberi kepecayaan dan dilantik untuk mengiringi team Supercar dari Singapura dan Malaysia, konvoi dalam Malaysia dan juga ke Thailand. Pada 2014, Konvoi Caravan dari Vietnam telah melantik Pak Mail dan rakan-rakan mengiringi mereka dari sempadan Malaysia/Thailand menuju ke Pulau Langkawi.
Sejak Oktober 2016, selama 2 tahun berturut-turut, Pak Mail dan rakan-rakan pengiring dilantik oleh Honda Team untuk mengiringi acara HAJ @ Honda Asian Journey ke MotoGP Sepang. Di masa akan datang, Pak Mail yang juga merupakan pengasas Kelab Permotoran ‘Pilot One’ Seberang Prai akan menggunakan nama PgEM @ Penang Escort Motorsport sekiranya dilantik untuk mengiringi mana-mana konvoi ke acara permotoran sama ada dalam Malaysia, Thailand dan negara-negara jiran lain.