Ditubuhkan di Pulau Pinang pada tahun 1995, Racing Boy atau dikenali sebagai RCB terlebih dahulu didaftarkan di bawah nama Asia Alloy Enterprise yang diusahakan Tuan Lee Meng Teck, seorang mekanik profesional dan merupakan pencinta tegar dunia permotoran. Pada tahun 1998, seiring dengan perkembangan industri, beliau mengambil keputusan untuk mengembangkan perniagaan dan berpindah dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur.
Beliau bersama adik-beradiknya, Sam Lee dan Lee Meng Chun telah membangunkan sebuah syarikat berhad persendirian di bawah nama Meng Kah Autoparts dan Racing Boy telah diperbadankan di bawah syarikat baharu. Seterusnya, MKA telah bekerjasama dengan Jason Yong, pemilik Maju Motor Racing Sdn Bhd. Pada tahun 2004, The Lee Brothers telah menguji produk-produk keluaran RCB di siri perlumbaan tempatan dan menerima pendedahan yang cemerlang pada tahun pertama penyertaan mereka sebagai penaja teknikal. Malah, produk keluaran mereka dikenali sebagai produk berprestasi dan berkualiti tinggi khususnya untuk para penunggang motosikal.
Kejayaan demi kejayaan mendorong MKA mengembangkan perniagaan dengan melantik pengedar eksklusif di negara-negara Asia Tenggara. Di penghujung tahun 2009, produk keluaran RCB telah dipasarkan ke Thailand, Singapura, Filipina, Vietnam, Kemboja, Indonesia dan Eropah. Menjelang tahun 2012, Tuan Lee Meng Teck menyerahkan empayar yang diusahakannya kepada anak sulungnya, Bruce Lee. Menerusi pengurusan generasi terbaharu, beliau berjaya meletakkan syarikat MKA dan jenama RCB ke satu tahap yang baru. Beliau juga berusaha dengan melaburkan dalam teknologi untuk pembangunan strategi syarikat.
Beliau menguruskan MKA Group Companies sebagai Ketua, manakala ayah beliau meneruskan perkhidmatan sebagai pengerusi MKA Group Of Companies. Gabungan ayah dan anak ini telah membawa syarikat MKA Group Of Companies ke mercu kejayaan. Antaranya termasuk menjadi pengimport produk jenama Eropah untuk pasaran Asia Tenggara menerusi jaringan pengedar dan wakil pengedar MKA.
Selain itu, MKA juga telah menjadi penaja untuk beberapa pertandingan lumba motor dan bekerjasama dengan beberapa jenama terkemuka seperti Yamaha Japan (Yamaha Factory MotoGP) sebagai penaja rasmi bermula pada tahun 2013. Pada tahun 2015, Racing Boy telah dijenamakan semula sebagai RCB. Kini, MKA Group Of Companies telah pun berpindah dan beroperasi di sebuah bangunan pejabat baharu yang berlokasi di Taman Perindustrian Putra yang terletak di Puchong.
Sehubungan dengan itu, sebuah majlis pembukaan besar-besaran untuk merasmikan pejabat terbaharu MKA Group Of Companies telah diadakan pada 29 Julai yang berlangsung dari 11.00 pagi sehingga 3.00 petang. Majlis ini dihadiri tetamu kehormat dan dimeriahkan lagi dengan acara memotong riben serta persembahan tarian singa. Para pengunjung yang hadir khususnya barisan media telah dijamu dengan majlis jamuan sebelum majlis berakhir.
Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang MKA Group Of Companies, kunjungi;
Untuk maklumat lanjut, hubungi;
MKA Motorparts (M) Sdn Bhd (HQ)
No.40, Jalan TTP5 Taman Perindustrian Putra
47130 Puchong, Selangor
No Tel : 03-5880 5533
MKA Motorparts (M) Sdn Bhd (Warehouse)
135 & 137, Jalan Murni Sungai Dua,
13800 Butterworth,
Pulau Pinang.
No Tel : 04 – 356 2100
Emel : info@motorparts.asia
Facebook : https://www.facebook.com/MKA.Motorparts/
Facebook : https://www.facebook.com/racingboy.my/
Facebook : https://www.facebook.com/SUOMYMALAYSIA/
Facebook : https://www.facebook.com/KYTMALAYSIA/
Facebook : https://www.facebook.com/r9exhaust.my/
MKA Website: http://www.motorparts.asia/
Racingboy Website : https://www.racingboy.com.my/
Suomy Website: http://www.suomy.com/en/
KYT Website: http://www.kythelmet.com/
R9 Exhaust Website: http://r9exhaust.com/