Pasukan Valentino Rossi akan Gunakan Ducati

Pasukan yang dikelola oleh Valentino Rossi iaitu Aramco Racing Team VR46 MotoGP akan menggunakan jentera Ducati Desmosedici bermula tahun hadapan.

Berita ini dikira tidak mengejut kerana Ducati hendak meluaskan penguasaan mereka di dalam kelas MotoGP. Penambahan jumlah motosikal akan memberikan pengeluar itu peluang untuk membangunkan jentera mereka dengan lebih cepat kerana mereka akan mendapat lebih banyak data daripada pasukan-pasukan serta pelumba-pelumba yang lain.

Pasukan itu akan ditaja oleh pihak Arab Saudi untuk tiga tahun dari 2022 hingga 2024. Kerajaan negara itu pula mempunyai kontrak selama lima tahun dengan VR46.

Putera Arab Saudi, Abdulaziz bin Abdullah Al Saud berharap agar Rossi akan menunggang untuk pasukan tersebut disamping adiknya Luca Marini. Tetapi Rossi berkata ia agak susah untuknya berbuat demikian kerana dia akan menjadi pengelola pasukan itu. Apapun, beliau belum lagi membuat keputusan untuk kariernya sebagai seorang pelumba pada tahun 2022.

Rossi tidak pula memberikan sebab kenapa dia tidak memilih jentera Yamaha tetapi ramai berpendapat bahawa jentera Ducati merupakan yang terbaik di dalam MotoGP pada masa ini. Lagipun, pasuk Sky VR6 sudah menggunakan Ducati sekarang.

Sumber : MotoGP