Pameran Motosikal Milan (EICMA) bakal kembali pada tahun ini selepas dibatalkan tahun lepas disebabkan oleh wabak Covid-19. Pameran ini merupakan yang terbesar di dunia yang diadakan pada setiap tahun. Pengeluar motosikal serta barangan motosikal selalunya mengumumkan model baharu mereka ketika pameran ini berlangsung.
Pengerusi EICMA, Pietro Meda, berkata bahawa pameran yang berumur 100 tahun ini dijadualkan berlangsung pada 23hb. hingga 28hb. November di pusat expo Fiera Milano. “EICMA kembali semula setelah berhenti setahun”,” kata Meda, “dan akan memberikan peluang yang penting kepada segmen dua roda.”
Namun, belum ada pengeluar motosikal atau pembuat barangan motosikal yang mengesahkan penyertaan mereka. Ini kerana mereka kini sudah biasa dengan membuat pemgumuman serta pelancaran secara melalui talian. Sebelum ini, mereka sering menghantar wakil media ke pertunjukkan itu dengan kos yang amat tinggi. Selain daripada itu, mereka juga berhenti menghantar wakil media ke negara lain untuk menguji motosikal-motosikal baharu.
Sebelum ini, pameran Intermot dan Tokyo Motor Show telah juga dibatalkan.
Kita harap pameran EICMA ini akan berjaya kelak.