NMAX Seladang Crew Silver State Ke Ban Pecah

“Kome Moh Ler Kite Ke Ban Pecah, Teman Udoh Lame Mengidam Nak Ke Sane…Moh ler Komeeee” inilah antara kata-kata yang dilontarkan oleh salah seorang senior dalam grup iaitu Abg Bard (Badrul). Nampak sungguh menusuk kalbu kaedah dah lontaran kata yang disusun indah dan dikongsikan di dalam group Nmax Seladang Crew.

Kata bidalan atau pepatah melayu..“Umpama Orang Mengantuk Disorongkan Bantal” lantas telah disambut dengan ayunya Tn Presiden Nmax Seladang Crew YM Raja Halifuddin a.k.a Pak Kudin dalam ciapannya; “Ride Leha-Leha 2.0 Nmax Seladang Crew Ke Ban Pecah Mohon Isikan Nama” dan alhamdulillah “Bagai Bulan Jatuh ke Riba” ahli-ahli terus menyahut sapaan tersebut dan mula mengisikan nama.

Dalam tempoh yang amat singkat perancangan tersebut telah bermula pada jam 10.00 pagi dan telah dipersetujui juga, oleh salah seorang ahli grup yang juga merupakan pelumba rally tanah air iaitu bro Boy atau Faidzal Alang melalui ciapan di FB beliau. Semua rider diberikan masa untuk bersiap dan seterusnya kata sepakat iaitu pada jam 2.00 petang RV di Petronas Meru, Ipoh.

Alhamdulillah dalam situasi atau suasana pandemik dan masih di dalam PKPP #KITAJAGAKITA ini, semua rider telah dimaklumkan akan garis panduan atau SOP semasa Ride Leha-Leha 2.0 dan antara saranan yang telah diberikan adalah seperti memakai pelitup muka, sentiasa mencuci tangan dan sebagainya serta kata orang Perak “Kome Jangan Ingke Bebenor Masa Ride Nanti Ye” yang membawa maksud janganlah seronok sangat tanpa memikirkan keselamatan dan kesihatan.

Pada jam 2.00 petang, para rider telah berkumpul seperti dirancang iaitu di Petronas Meru, Ipoh. Sambil berkumpul terdapat peminat dan pengguna NMAX sempat menyapa kami dan bertanyakan untuk bersama menjadi ahli group NMAX SELADANG CREW. Seperti biasa JK Rekrut ahli baru akan mengambil tugas. Tepat jam 2.15 petang bersama iringan doa, konvoi mula bergerak ke RnR Bukit Gantang di mana Marshall kedua iaitu Bro Ameer firdaus turut bersedia untuk menjalankan tugas bersama Marshall Bro Jai Rezal.

Para rider tiba di Route A190 Ban Pecah dalam jam 3.30 petang dalam keadaan santai dan mengikuti arahan kelajuan yang telah ditetapkan oleh pihak berwajib. Sambil menghirup udara segar, melalui denai-denai dan pemandangan indah serta angin pantai menyapa semua peserta kami mula berehat untuk meneruskan santapan rohani. Alhamdulillah di sini juga timbul satu perasaan yang amat seronok, syukur dan membuat kami Rider NMAX SELADANG CREW menjadi lebih akrab.

Cadangan dari Abg Badrul (Pengarah Program) untuk membacakan tahlil ringkas niat dan hajat beliau kepada arwah keluarga beliau dan juga muslimin dan muslimat. Majlis Tahlis tersebut telah dipimpin oleh Ustaz Nazmi juga merupakan ahli Nmax Seladang Crew. Alhamdulillah setelah selesai, program yang ditunggu adalah sesi bergambar yang mana ianya akan menceritakan pelbagai reaksi dan kenangan kepada semua peserta ibarat pepatah inggeris “Let The Picture Talk”.

Ketika makan dan berehat ahli group sempat juga membuat satu coverage “LIVE FB bersama Road Star” untuk Pembukaan Ride Santai Leha-Leha 2.0. Seterusnya, para rider bergerak meninggalkan Ban Pecah untuk satu lagi program iaitu Ziarah Sahabat NMAX kami di Gunung Semanggol.

Satu lagi kenangan terindah apabila kami telah dijamu oleh sahabat kami Bro Azuan Satay Chubby dalam program ziarah ini. Cukup sedap makanan dan menu utama yang dihidangkan iaitu “Satay Chubby”. Setelah selesai menjamu selera dan solat berjemaah, sekali lagi coverage “LIVE FB Bersama Majalah Road Star” diadakan bagi penutup program RIDE Leha-Leha 2.0 yang telah dilakukan bersama oleh semua peserta-peserta konvoi.

Sekali lagi Alhamdulillah setelah selesai mengenakan “Protective Personal Equipment” PPE para peserta sekali lagi diberikan taklimat akhir untuk perjalanan pulang ke destinasi masing-masing mengikut garis panduan dan SOP yang telah ditetapkan.

Terima kasih diucapkan pada semua ahli-ahli Yamaha NMAX SELADANG CREW yang mematuhi segala undang-undang jalan raya serta arahan dari Marshall.

“Bukit Sama Didaki, Lurah Sama Dituruni Dan Bulat Air Kerana Pembetung, Bulat Manusia Kerana Muafakat” sikap inilah yang diterapkan kepada semua ahli NMAX SELADANG CREW. Hasilnya semua memberikan kerjasama yang amat baik dan berdisplin sepanjang konvoi ini berlangsung. In Sya Allah aktiviti begini akan diadakan lagi di masa akan datang.

Kepada semua peminat YAMAHA NMAX anda dialu-alukan. Kunjungi FB: NMAX SELADANG CREW dan Whataps Group NMAX SELADANG CREW.

“Ok Rider… RIDE HAK KAMI, BINI KAMI SAYANG…”

Disediakan Oleh :
En BOB (Jurugambar)
HJ Hazril HHH (Sutradara)