Baru-baru ini, KBS Negeri Perlis telah mengadakan Klinik Asas Keselamatan serta cara-cara mengawal motosikal yang dikendalikan oleh pelumba cubcross Malaysia yang pernah menjuarai kejohanan Cub Cross peringkat Asia, Mohd Adam Bin Hassan @ Adam Thai. Program ini diadakan bertujuan untuk menarik minat generasi muda dalam menyertai aktiviti sukan lasak yang secara tidak langsung, mencegah golongan ini terlibat dengan aktiviti tidak bermoral khususnya lumba haram.
Bertempat di litar Kampung Guar Kecil, Kg Jelempok, program ini merupakan anjuran KBS Negeri Perlis dengan kerjasama Kelab Sukan Pelancongan Utara yang diadakan pada 8 Oktober lalu bermula dari pukul 8.00 pagi sehingga 6.00 petang. Pelbagai tips keselamatan yang dikongsikan dengan para peserta termasuk cara-cara mengendalikan jentera dengan betul dan selamat.
Selain itu, program turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti selain klinik cubcross termasuk Race Cub Open (Bakat Baru), Race Cub Standard (Bakat Baru) dan juga Race Expert Open mengikut kategori (Open Bakat Baru, Standard Bakat Baru, Expert khusus untuk rider profesional).
Dirasmikan oleh Ustaz Abd Hadi (wakil ADUN G.Sanji), program bertambah meriah dengan kehadiran wakil ADUN G. Sanji, En. Rois Bin Anwar JKKK Kg Jelempok / Changkat Kabu, Penolong Pengarah Jabatan Belia Negeri Perlis. Kehadiran tetamu kehormat juga sedikit sebanyak memberikan lagi semangat kepada pihak penganjur dan para peserta. Antara yang hadir adalah En. Fauzi Bin Abdullah Salleh (Penolong Pengarah Bahagian Sukan JBS Perlis), En. Hanafi Bin Rahman (Penolong Pengarah Belia JBS Perlis).
Selaku media rasmi, Roadstar mengucapkan tahniah kepada pihak penganjur terutamanya orang-orang kuat yang berusaha memastikan kelancaran program ini. Antaranya seperti penyelaras program iaitu Mohd Najwan (Sheikh), Pengerusi K.A.J Komuni Anak Muda Jelempok iaitu Ammar Ghani dan beberapa nama lain seperti Zulfahmi Mansor, Mohammad Nor Omar, Zuhai Hazmi Zainol, Shah Faizal, Zefri Othman, Aiman Muhaimin Purkhan, Lina Khairunnisa Ghazali dan Mohd Fakhri. Tahniah juga diucapkan kepada barisan penaja iaitu Koyoko dan juga Ameqin.
Seterusnya, tahniah diucapkan kepada barisan pemenang untuk setiap kategori yang disediakan.
Senarai Pemenang
Cub Standard Bakat Baru
1. Mohd Afiq Syazwan
2. Hasrul Haikal
3. Ayie
Cub Open Bakat Baru
1. Mohd Zarul Ikram
2. Mohd Izalan
3. Mohd Fitri
Expert
1. Mohd Tarmizi
2. Apih Sudin
3. Mohammad Ikhwan Bakri