Muzium Motosikal Terbakar, Koleksi Bersejarah Musnah Sekelip Mata

Penduduk Austria khususnya pencinta dunia dua roda bersedih apabila dikejutkan dengan berita kebakaran yang melibatkan lebih 200 motosikal klasik di Top Mountain Crosspoint Motorcycle Museum. Dikenali sebagai muzium motosikal tertinggi di dunia kerana kedudukannya pada 2,175 meter dari aras laut dan menempatkan koleksi motosikal paling berharga.

Dilaporkan, muzium ini menempatkan sebanyak 230 motosikal klasik dan kebanyakannya dari Eropah seperti Sunbeam, Brough Superior, dan Zundapp. Bukan itu sahaja difahamkan sebilangan koleksi kecil kereta vintaj seperti Porsche dan Ferarri turut musnah. Lebih mendukacitakan, koleksi motor klasik seperti Harley-Davidson, Indian dan juga Flying Merkel juga merupakan sebahagian dari koleksi yang terbakar dalam kejadian ini.

Muzium ini dibina oleh adik-beradik kembar, Alban dan Attila Scheiber pada tahun 2016 sebagai salah satu usaha mereka berkongsi koleksi motosikal klasik kepada umum. Pasangan kembar ini meminati motosikal sejak kecil lagi dan telah mengumpul koleksi ini sepanjang hayat sebelum mempamerkannya kepada orang ramai yang turut berkongsi minat sama seperti mereka.

Sumber : RideApart.com