Kisah ini berlaku di Chicago di mana pengguna dan penunggang motosikal kian bertambah. Beratus-ratus motosikal mudah ditemui di Chicago dan ia kurang disenangi oleh para penduduk. Salah seorang penduduk di kawasan berhampiran, Ksenija Glusac mengatakan, bunyi bising dari kumpulan penunggang motosikal membuatkan dia terjaga di waktu malam walaupun rumahnya berada di tingkat 57.
Keadaan bertambah teruk kerana kumpulan penunggang motosikal ini juga kerap menghasilkan bunyi bising terutamanya pada lewat malam di antara pukul 1 hingga 2 pagi. Para penduduk di South Loop, sekumpulan motosikal yang mempunyai bilangan penunggang yang ramai sengaja berkumpul lewat malam di kawasan berhampiran khususnya pada hujung minggu.
Ada yang telah memodifikasikan sistem ekzos membuatkan bunyi lebih kuat. Disebabkan hal ini, para penduduk membuat aduan bukan sahaja kerana bunyi yang bising, malah cara penunggang motosikal yang menunggang dengan bahaya di bahu jalan yang hampir melanggar pejalan kaki dan pengguna jalan raya yang lain.
Dilaporkan, sebanyak 4,000 aduan terhadap penunggang motosikal telah difailkan tahun lepas. Sehubungan dengan itu, sebuah pasukan khas telah ditubuhkan dan sebanyak 250 motosikal telah disekat kerana kesalahan yang sama. Namun begitu, masalah tersebut semakin berleluasa.
Para penduduk mengharapkan, pihak berkuasa mengenakan undang-undang yang lebih keras khususnya yang melibatkan modifikasi ekzos yang boleh dikenakan denda sehingga RM20,000.00.
Sumber :