Mungkin di Malaysia, jarang kelihatan motor roda 3 di mana dilengkapi dengan kereta di bahagian sisi. Namun, ia bukan satu pengangkutan yang asing di negara-negara luar khususnya di negara China. Salah satu pengeluar kereta sisi yang paling berjaya adalah Chiangjiang menerusi model Dynasty dan Pekin Ekspress.
Kini, kereta sisi keluaran Chiangjiang didatangkan dengan pematuhan Euro 5. Motor roda 3 ini dikuasakan oleh enjin parallel-twin 649cc dengan menghasilkan 61hp dan ianya terbukti peneman terbaik untuk mereka yang gemar menggembara menggunakan motor roda 3 ini. Kedua-dua model ini menghantar kuasanya menggunakan kotak gear 4-kelajuan dilengkapi dengan gear mengundur. Gear ini juga dikatakan mendapat output kuasa yang lebih cekap. Malah, syarikat ini mengatakan motor ini mampu mencapai kelajuan 110km/j pada 6,500rpm menggunakan gear keempat.
Selain itu, kedua-dua model Pekin Express dan Dynasty ini dilengkapkan dengan suspensi depan, belakang dan sisi dari KYB. Sistem kombinasi brek memastikan ia berhenti dengan kepantasan yang sepatutnya. Bagi model Dynasty, ia dilengkapi dengan beberapa ciri seperti pad tebal untuk tempat duduk penunggang dan juga pada kereta sisi. Manakala Pekin Ekspress pula tampil lebih ganas dilengkapi dengan lampu tambahan jarak jauh di bahagian hadapan kereta sisi.
Sumber : Rideapart.com / Changjiang