Sejak kebelakangan ini, motosikal dengan gaya retro yang dibina oleh kilang banyak ditemui. Antaranya ialah Kawasaki Z900RS dan Yamaha XSR900. Namun, tidak kurang juga yang berusaha untuk membina sendiri motor kustom seperti yang dapat di sini. Motor CBR600RR, sangat sesuai dijadikan sebagai motor throwback. Selepas bertahun-tahun tersadai di sudut bengkel, akhirnya Francis Von Tuto iaitu salah seorang pembina motosikal Itali di Queensland telah menghidupkan semula motor supersport Honda dengan gaya terkini serta kelajuan street bike.
Terlebih dahulu, beliau telah membersihkan keseluruhan sistem bahan api termasuk lapan pemancit bahan api. Selepas menampal kebocoran dan juga mengerjakan semula suspensi, beliau beralih kepada kerja-kerja mencantikkan bahagian tubuh motor ini. Beliau sangat arif tentang kerja-kerja kustom khususnya untuk motor SBR600RR. Mana tidaknya, beliau sendiri mempunyai 4 model motor ini sebelum ini. Kenangan dan pengalaman bersama motor-motor ini membantu beliau membina semula kerangka untuk dimuatkan ke atas penutup dan tempat duduk motor retro ini.
Bahagian bongkol di ekor belakangnya tidak dibuat semata-mata dari aluminium tetapi juga menempatkan indikator belakang 3 dalam 1 yang bertindak sebagai penyambung untuk salah satu dari dua tailpipe. Van Tuto membiarkan tangki CBR600RR dalam keadaan asal tetapi menggunakan fairing hadapan Ducati 900SS. Setelah merendahkan fairing bahagian sisi, beliau memuatkan offset headlight 4.5-inci.
Manakala untuk fascia dan bahagian ekor kekal retro, selebihnya dibina agak moden. Dari kerangka aluminium sehingga fork USD, dari enjin inline-four penyejuk cecair sehingga tayar Diablo Rosso Corsa II, CBR ini nampak olskool dari bentuk sahaja.
“Apa yang menarik tentang motor moden, ia memang laju dengan pengendalian yang cukup hebat tanpa memerlukan kerja-kerja peningkatan yang ketara – melainkan anda ingin benar-benar pergi lebih laju. Buang sahaja bahagian yang tidak berkenaan dan tambah tempat duduk belakang, ekzos dan juga kompaun getah yang lembut,” kata Von Tuto.
Sumber : RideApart.com