Tidak dinafikan bahawa BMW R 18 merupakan salah satu motor retro yang sangat cantik dan elegan. Lebih menarik lagi, apabila ia telah menjalani kerja-kerja modifikasi sehingga terhasil satu lagi motor kustom yang bukan sahaja cantik tetapi cukup hebat dan benar-benar memberi inspirasi khusunya kepada golongan yang gemar mengubahsuai motor-motor retro.
Digelar sebagai R 18 Spirit Of Passion, motor ini direka oleh Kingston Custom. Sekilas pandang, pasti anda dapat mengecam gril bahagian depan yang lebih sesuai dipakaikan ke atas kereta. Ia juga merupakan gril lebar dari BMW terbaharu tetapi sekurang-kurangnya, ia sangat sesuai dengan gaya oldskool pada motor retro ini. Bahagian badan dan kerja-kerja mewarnakan motor ini diinspirasikan dari R 18 edisi pertama dan hanya bahagian depan sahaja yang unik. Selain itu, motor ini juga dilengkapi dengan pemegang bar kustom, begitu juga fender belakang.
Bagi menambahkan seri, Spirit Of Passion ini dilengkapi dengan ekzos dan tempat duduk aftermarket serta indikator dari Kellermann juga lampu depan LED. Namun begitu, masih ada beberapa komponen yang dikekalkan termasuk tangki minyak dan juga suspensi.
Menurut Dirk Oehlerking, BMW R 18 ini sudah cukup sempurna dan tidak mahu menyentuh sudut teknologi yang ada pada motor ini. Kerangkanya adalah 100% yang asal kerana ia terlalu sempurna untuk diganti.
Sumber : Carscoops