Selain watak Optimus Prime dan Megatron, Bumblebee menjadi pilihan peminat Transformer saban tahun. Karaktor ini semakin popular semenjak 15 tahun kebelakangan ini ekoran francais Transformer arahan Michael Bay. Memandangkan ramai yang memilih barang-barang dengan ayat popular ‘robot in disguise’ RH Customs pula lebih gemar memakai karakter Bumblebee itu sendiri!
Hasilnya dapat dilihat menerusi Honda X4 yang telah dimodifikasi dengan memakai imej watak protagonis paling peramah dalam francais itu. Bermula dari warna kuning yang dilayangkan ke atas panel badan sehingga ke bahagian terakhir, kustom ini ‘jujur’ dengan mengekalkan sumber materialnya. Salah satu keputusan rekaan yang membimbangkan termasuk kepala Bumblebee yang digunakan sebagai kluster headlight yang menempatkan lampu LED kuning sebagai mata Bumblebee!
Di bahagian bawah ‘lehe’ sepasang panel tangki menyerupai penutup injap V8, memanggil kembali karakter Chevrolet Camaro alter ego untuk Bumblebee dalam siri filem ini. Tangki ini mirip rekaan Bumblebee, manakala tayar belakang lebih lebar menambahkan otot berlebihan kepada motosikal ini. RH Customs masih mengekalkan kuasa X4 dengan rim hadapan lebih besar tetapi bersama konfigurasi pelana tunggal dan juga lengan ayun yang dipasangkan di bahagian fender belakang.
Sekali imbas, sukar untuk Honda ini dikuasakan enjin 4 silinder di bawah badan yang baharu ini. Tidak pasti samada anda boleh bersetuju dengan rekaan Bumblebee X4 ini atau tidak, kerja-kerja kustom ini agak menarik terutamanya hasil kerja tangannya. Ada sesiapa teringin nak mengubahsuai motor menjadi Bumblebee lepas ni?
Sumber : Rideapart