Kemunculan pemain baharu dalam industri modifikasi motor kustom Katros Motorcycles pada tahun 2009 di Indonesia ternyata menyerikan lagi senario permotoran di negara itu. Sejak itu, mereka telah menghasilkan beberapa ‘karya agung’ kerja-kerja motor kustom sekali gus membuktikan kemampuan menghasilkan sesuatu yang cukup unik.
Motor yang dilihat sekarang ini adalah salah satu hasil terbaharu sentuhan Katros Motorcycles untuk seorang YouTuber terkenal, MotoMobi. Asalnya, jentera ini datang dari Kawasaki Z900RS yang dilengkapi dengan penyejuk cecair dengan kerangka trellis tubular steel serta 4-injap untu satu silinder dan anjakan kolosal tidak kurang dari 948cc.
Pada 8,500rpm, DOHC ini mampu menghasilkan 110hp dan tork sehingga 73 lb-ft (99 Nm) yang lengkap sekitar 6,500rpm. Transmisi 6-kelajuan mengagihkan kuasa sehingga ke roda belakang menerusi chain final drive yang membolehkan jentera ini mencapai kelajuan tertinggi 140 mph (225 kph).
Kerja-kerja Katros bermula dengan penggantian majoriti panel Z900RS yang datang dari kilang. Di bahagian hadapan, fairing dipasang seakan mendakap lampu hadapan, diikuti penutup di bahagian tepi. Di bahagian ekor belakangnya pula telah dipasangkan dengan lampu LED. Tempat duduknya pula dipasangkan dengan dua tempat duduk bergaya classy.
Namun, apa yang benar-benar menarik adalah sistem ekzos four-into-four yang dibina sendiri yang dilengkapkan ke atas motor ini. Dipadankan dengan warna kemasan emas metalik, motor ini lari dari kejadian asalnya. Lebih berseri dan anggun tetapi tetap nampak garang!
Sumber : Autoevolution