Meriah Sehingga Acara Kemuncak, Peserta Bertuah Bawa Pulang Hadiah Lumayan!

Para peminat dunia permotoran dua roda khususnya warga Lembah Klang berpeluang meluangkan masa dan mengunjungi acara RCB Day yang berlangsung di Heritage Valley KL. Diadakan pada 23 Ogos lalu, program ini dipadatkan dengan pelbagai aktiviti menarik bermula dari jam 12.00 tengah hari hingga 9.00 malam.

Penganjuran RCB Day KL kali ini menyediakan pelbagai aktiviti yang memfokuskan kepada komuniti permotoran. Acara ini dimeriahkan dengan penglibatan daripada pelbagai pengeluar motosikal serta jenama automotif terkenal seperti Suzuki, Honda, Aveta, cat Samurai dan tayar premium Pirelli, di samping penganjuran pertandingan autoshow.

Bagi merancakkan lagi penganjuran RCB Day ini, para pengunjung yang hadir telah dihiburkan dengan persembahan pentas daripada artis jemputan. Antara tarikan utama hiburan pada program ini merangkumi kemunculan kumpulan rock legenda XPDC, Black Hanifah serta ramai lagi artis jemputan lain yang menggegarkan pentas.

Kemuncak kepada penganjuran RCB Day adalah acara Cabutan Bertuah yang menawarkan barisan hadiah menarik buat para pengunjung. Antara hadiah utama yang menjadi buruan ialah tiga model motosikal iaitu Honda RSX Winner, Aveta, dan Afaz Kenchana.

Menariknya, penganjuran program ini dibuka secara percuma kepada semua pengunjung tanpa sebarang bayaran masuk. Sebelum berlangsungnya acara ini, pihak penganjur menyeru agar orang ramai tidak hanya duduk di rumah menerusi platform media sosial, mengharapkan agar para peserta menyiapkan motosikal masing-masing serta mengajak rakan-rakan untuk hadir beramai-ramai bagi memeriahkan suasana.

Secara keseluruhannya, RCB Day KL di Heritage Valley menjadi lokasi perhimpunan wajib buat pencinta jentera dua roda untuk bersosial dan menikmati pelbagai pengisian yang disediakan. Kehadiran para pengunjung bersama geng motor masing-masing bukan sahaja menyerikan lagi penganjuran RCB Day ini tetapi juga merakamkan satu lagi kenangan yang bermakna untuk dikenang di kemudian hari.

Sumber : RCB Malaysia