Bukan calang-calang perhimpunan motosikal, Mega TTS SYM VF3i185 ternyata berlangsung dalam suasana cukup meriah dan menyeronokkan. Dianjurkan oleh SYM VF3i Negeri Sembilan dengan kerjasama MPKK Kg. Selaru, program ini menghimpunkan para pengguna motosikal seluruh Malaysia bersama penduduk kampung yang terletak di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Diadakan pada 17 September yang lalu di Padang Taman Desa Permai selaru Johol, program ini dimulakan sekitar jam 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 5.00 petang. Pelbagai aktiviti disediakan pihak penganjur yang turut mendapat penajaan dari GIVI, kilang MForce, Kedai CSHR Rembau dan KCM Motorsport.
Dianggarkan lebih 400 buah motosikal model SYM VF3i185 berjaya dihimpunkan buat julung kalinya dan menyaksikan sebanyak 44 buah motor show masuk bertanding dalam kategori Motosikal Cantik. Motorshow hanya melibatkan motor model SYM dengan kategori Best Custom, Best Decal, Best Standart, Best VIP, Best Spotrim, Best Of The Best.
Program ini turut dimeriahkan dengan aktiviti sukan rakyat seperti Rebut Kerusi, Boling Kelapo, Masuk Manik Dalam Benang, Tarik Tali, Sepak Takraw Kain Pelikat, Pertandingan Mewarna (Kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun). Kehadiran tetamu kehormat Tuan Haji Mohamad Zailan Bin Mohamad Munawar selaku penyelaran DUN Johol serta En. Ghani Bin Kechut selaku pengerusi MPKK Kg. Selaru memeriahkan lagi program.
Majlis perasmian penutupan telah disempurnakan Tuan Haji Zailan yang turut menyerahkan hadiah kepada para pemenang cabutan bertuah, pemenang motorshow. Para pemenang dalam segmen cabutan bertuah ini membawa pulang hadiah berupa Sport Rim, Coverset, barangan jenama GIVI, helmet dan lain-lain barang motosikal. Tahniah kepada para pemenang dan tidak lupa juga, pihak penganjur!
Sumber :
Rizalman Bin Mohammed