Menyerlah di Pertunjukan Motosikal Terbesar Colombia

Jenama aksesori tempatan dengan bangganya tampil buat kali pertama secara rasmi di Amerika Selatan dengan mengambil bahagian dalam pameran dua roda terbesar di rantau ini. Sepanjang pertunjukan motosikal di Colombia, RCB mempamerkan barisan produk termajunya dan berhubung terus dengan komuniti penunggang Amerika Latin yang bertenaga.

Lebih menarik sambutan yang diterima sepanjang ekspo permotoran di Colombia bukan sahaja mendapat sambutan luar biasa di kalangan pemilik dan peniaga Colombia malah ia turut mendapat maklum balas positif dari negara jiran di benua tersebut.

“Kami sangat teruja dan mendapat tahu bahawa nama RCB sudah tersohor dikalangan peminat di rantau ini. Selama bertahun-tahun, bengkel motosikal malah penunggang motosikal telah mendapatkan alat ganti RCB melalui pengedar Asia sekali gus membuktikan bahawa pencapaian jenama RCB sebenarnya cukup kukuh telah lama bertapak dikalangan peminat motosikal di benua terbabit.

“Walaupun acara ini adalah kali pertama jenama RCB tampil di Amerika Selatan, namun hakikatnya RCB sudah mengecapi populariti dan semakin berkembang baik dikalangan komuniti permotoran khususnya di Colombia.

“Sambutan hangat yang kami terima daripada penunggang dan peniaga di Colombia mencerminkan pengiktirafan kukuh produk RCB untuk kebolehpercayaan dan prestasinya,” demikian menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh MKA Group baru-baru ini.

Dengan kehadiran secara rasmi RCB di benua Amerika Selatan ini, ia mengukuhkan momentum dan menjadikan RCB lebih dikenali dikalangan penunggang, pengedar, pasukan perlumbaan dan kelab bermotor di seluruh Amerika Selatan untuk mengakses produk RCB tulen.

Acara ini terbukti sangat positif sekali gus membuka jalan untuk perkongsian yang lebih berkembang dalam perhubungan komuniti bermotosikal di sini.

“Sebelum itu, kami sekadar mendapat khabar angin sahaja namun lawatan ini telah mengesahkan apa yang kami percayai. RCB sudah pun meniti popularity dikalangan komuniti permotoran di Colombia,” kata Marcus Leong, Pengarah Pemasaran Kumpulan MKA.

“Kami juga komited untuk menyokong mereka secara lebih langsung dengan memperkemas akses kepada produk RCB tulen, menjadikan produk RCB lebih pantas, lebih mudah di dapati dan lebih dipercayai berbanding sebelum ini,’’ tambahnya.

Dalam pada itu, jenama RCB juga merakamkan ucapan terima kasih yang tulus kepada semua orang yang singgah di gerai tersebut dan memainkan peranan dalam menjadikan penampilan sulung kami di Colombia sebagai kejayaan yang membanggakan.

“Amo a Colombia atau Saya Suka Colombia” ujar pasukan RCB yang berkongsi detik-detik membanggakan ketika promosi di sana.

RCB mempamerkan rangkaian komponen motosikal yang berprestasi tinggi, termasuk sistem brek, rim, bahagian suspensi dan aksesori perlumbaan berjaya menarik perhatian ramai pengunjung ketika pertunjukan itu.

Jenama tersebut juga mendapat maklum balas yang cukup positif dan minat yang menggalakkan daripada pengedar tempatan, pasukan perlumbaan dan pengedar motosikal yang tidak sabar-sabar untuk meneroka peluang perkongsian dan perniagaan di rantau ini.

Sepanjang acara itu, RCB berhubung secara bermakna dengan kelab-kelab penunggangan, peminat RCB Amerika Selatan, influencer dan penunggang harian, memperoleh pandangan berharga tentang keutamaan dan keperluan komuniti dua roda yang terdapat di benua Amerika Latin.

Jenama ini juga menghasilkan rating tertinggi di media sosial tempatan termasuk maklum balas dan minat di kalangan netizen yang singgah melawat media sosial terbabit.