Menunggang Motosikal Baik Untuk Kesihatan Mental Dan Fizikal

Mungkin anda sering diberitahu penunggang motosikal yang tiada apa lebih hebat jika dibandingkan dengan menunggang motor. Tidak dinafikan, ada di antara kita yang takut apabila memikirkan tentang risiko ketika menunggang motosikal terutamanya di jalan berbahaya. Namun, itu sebahagian dari cabaran yang mampu memberikan ketenangan kepada penunggang motosikal.

Menurut kajian oleh ING Australia, penggemar motosikal lebih bahagia berbanding penunggang motosikal biasa. Kajian itu juga mendedahkan tentang potensi terapeutik ketika menunggang motosikal dan 82% penunggang motosikal bersetuju,

Kajian yang sama oleh UCLA Semel Institute for Neuroscience and Human Behavior mencatatkan aktiviti otak dan aras hormon sebelum, semasa dan selepas menunggang motosikal, memandu kereta dan ketika berehat (tidak berbuat apa-apa). Keputusan menunjukkan sebanyak 28% tekanan berkurangan oleh penunggang motosikal.

Bagaimana menunggang motosikal membantu meningkatkan tahap kesihatan mental dan fizikal?

Mengurangkan Tekanan
Tersekat dan terperangkap di trafik yang teruk membuatkan ramai enggan keluar rumah. Secara logiknya, menunggang motosikal mengurangkan kebimbangan dan keresahan kerana tidak perlu berhadapan dengan masalah kesesakan lalulintas. Walaupun ada, tidaklah seteruk pemandu-pemandu kereta. Ini secara tidak langsung, mengurangkan tekanan dan meredakan aras keresahan dengan mudah.

Meningkatkan Kesihatan Otak
Ketika menunggang motosikal di jalan raya, deria penglihatan dan pendengaran digunakan sepenuhnya. Penumpuan deria-deria ini bermakna, para penunggang lebih peka terhadap apa yang terjadi di sekeliling mereka dan dalam masa yang sama, meningkatkan aktiviti otak.

Bagus Untuk Badan
Secara purata, penunggang motosikal boleh membakar sebanyak 600 kalori sejam, bergantung kepada bentuk badan dan juga keadaan jalan. Ketika menunggang, badan sedaya upaya cuba mengimbangi untuk kekal seimbang, melawan arus angin dan juga memberi tenaga yang cukup untuk bergerak.

Menunggang motor boleh disamakan seperti melakukan senaman di bahagian bawah badan. Selain itu, menunggang motosikal juga membantu mengekalkan postur badan dan meningkatkan kekuatan otot untuk jangka masa panjang.

Bersosial Dengan Komuniti
Menunggang motosikal memberikan banyak kelebihan, sama ada menunggang secara solo atau berkumpulan. Kebanyakan penunggang motosikal gemar menyertai mana-mana komuniti yang secara tidak langsung memberikan lebih keseronokkan dan meningkatkan lagi kesihatan mental.

Sumber : Indiatimes.com