Menggamit Kenangan Zaman Persekolahan

Siapa yang tak rindu zaman persekolahan alam remaja? Pelbagai kenangan pahit manis dan ilmu tentang kehidupan yang diperolehi sebelum beralih ke alam dewasa. Kalau diberikan peluang sekali lagi, pasti ramai yang ingin singgah sebentar ke zaman remaja, betul tak?

Itulah yang berlaku apabila Famili TXR Ipoh (FTI) dan Panther Perak bergabung menjayakan program konvoi Ride Back To School yang diadakan baru-baru ini. Sebanyak 70 buah motosikal bagi menghidupkan program ini sekaligus menikmati keindahan zaman remaja sekali lagi. Apatah lagi apabila para peserta cukup sporting mengenakan pakaian seragam sekolah menengah!

Program konvoi ini dimulakan dari Bandaraya Ipoh menuju ke Pantai Telok Senangin yang mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit sejauh 90km. Selain aktiviti berkonvoi, program dimeriahkan lagi dengan aktiviti sukaneka, cabutan bertuah dan berakhir sekitar pukul 3.00 petang.

Walaupun program ini hanya berlangsung tidak sampai sehari, ia mampu mengubat kembali rindu di alam remaja dan dalam masa yang sama, mencipta satu lagi kenangan indah. Kali ini, kenangan dicipta dengan rakan-rakan permotoran dua roda pula.

Perkongsian : Fuad