Hebat dan bergaya, perkataan yang sesuai buat topi keledar keluaran Givi model M10.2 Vista Demi Jet yang direka khusus untuk semua golongan tanpa mengira jantina sama ada penunggang itu lelaki atau wanita.
Menggunakan bahan technopolymer (sejenis bahan plastik), produk terbaharu dari Givi ini dibina dengan cukup selesa dan penuh bergaya.
Topi keledar jenis terbuka ini cukup selesa dan ringan sama ada untuk perjalanan yang jauh mahupun penggunaan berulang alik ke tempat kerja. Amat sesuai bagi penggunaan harian, visor atau pelindung muka adalah dari jenis tahan calar dan corak (grafik) yang disediakan cukup segar.
Bahagian dalaman model ini, boleh ditanggal dan dibasuh serta ia menggunakan kain anallergic yang agak lembut dan selesa ketika memakainya. Usah khuatir dari segi saiz, kerana model Givi ini tersedia dari saiz kecil hingga saiz yang lebih besar.
Terdapat dalam pelbagai corak dan grafik terbaik, M10.2 Vista Demi Jet tersedia pada 4 model pilihan antaranya Graphic Bold Black, Graphic Racing Neon Yellow, Graphic Racing Blue dan Graphic Racing Red.
Menarik mengenai model terbaharu topi keledar Givi ini, ia telah diperkenalkan pada siri perlumbaan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) di Sepang tahun lalu dan model ini sudah berada di pasaran sejak minggu pertama November tahun lalu.
Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan produk terbaharu dari Givi ini, anda bolehlah mendapatkannya dirangkaian kedai Givi yang terpilih di seluruh negara.
Untuk maklumat lanjut, hubungi;
GIVI Asia Sdn. Bhd.
No. 11 & 13, Jalan Jasmine,
Seksyen BB10,
Kawasan Perindustrian Bukit Beruntung,
48300 Rawang,
Selangor Darul Ehsan.
No Tel: 03 – 6028 3800
Emel : enquiry@givi.com.my
Facebook : https://www.facebook.com/givimalaysia/
Web : https://www.givi.com.my/